Tuesday, August 4, 2009

Hujung minggu danish

Danish masa umur 7bln di pavillion..macam inilah danish kalau tak di Pahang rumah mak wan,di KL rumah ddy and mmy.Hujung minggu kebiasaannya akan digunakan sebaik mungkin mana taknya,hanya masa ni saja danish,ddy n mmy boleh isi masa bersama kalau tak danish di Pahang dan ddy mmy di KL.Family orang lain boleh berkumpul boleh kata setiap hari tapi tidak untuk family kami..itu yang sedih.nak buat cam mana mula-mula dulu macam susah nak terima tapi dah lama-lama dah semakin biasa cuma ddy n mmy letih sikit tiap-tiap minggu balik berulang lepas keja tapi ini semua demi danish.Mula-mula takut danish sampai tak kenal siapa parents dia tapi insyaallah tak ada masalah mungkin tengok juga pada niat kita...macam mak wan kata mana ada anak yang tak kenal pada orang tua dia.

Kelahiran yang ditunggu-tunggu




Inilah Harith danish masa umur 4hari,lahir dengan berat 3.4kg di HUKM pada tepat jam 9:30 pagi secara 'caeserean'.Danish lahir sebenarnya dah lewat dari tarikh jangkaan iaitu 17 July 07oleh sebab tiada tanda-tanda sakit mummy dimasukkan ke wad pada petang 26 July 07 dan pada 7pagi 27 July 07 mummy di'induce' untuk mempercepatkan proses bersalin tepat jam 1petang mummy mulai sakit dan kontraksi semakin kuat sehingga pada jam 8mlm air ketuban keluar dan bukaan serviks 3cm mummy dipindahkan ke 'labour room'.Tepat jam 7pagi 28 July 07 Sepatutnya danish dapat dilahirkan secara normal kerana bukaan serviks mummy sudah 8cm tetapi disebabkn danish tak betul-betul menghadap ke pintu keluar tepat jam 8:55doc. decide untuk terus bawa mummy dan baby danish ke dewan bedah.Memandangkan mummy pernah ada pengalaman keguguran sebelum danish masa kandungan 4bulan dan akibat kesukaran pernafasan mummy terpaksa dibedah untuk memastikan semuanya selamat.Daddy tak dibenarkan masuk ,memandangkan pembedahan dilakukan secara 'emergency'.Mummy dibius separuh badan dan dapat melihat dari awal proses pembedahan berlaku sehingga perut mummy dijahit semula dan digam dengan plaster lutsinar.Danish dikeluarkan bermula dengan bahu seterusnya kepala,doc. kata danish lahir bersih tak perlu dicuci lama.'Nurse' bawa danish untuk mummy lihat buat pertama kalinya wajah baby danish..mummy amat terharu dan bersyukur semuanya diatur selamat oleh ALLAHs.w.t.Danish dibawa ke bilik lain untuk diberi suntikan pertamanya dan daddy diminta oleh 'nurse'untuk mengazankan danish.Mummy hanya berkesempatan untuk bertemu balik dengan danish selepas mummy dibawa ke wad semula.Danish dibawa dengan comel sekali dibedung kemas dengan kain kapas berwarna biru.Pengalaman saat itu amat bermakna dan tak mungkin mudah untuk mummy ataupun daddy lupakan.Setelah lebih 9bulan danish dikendong, 11jam menanggung kesakitan bagi mengeluarkan sehingga pada saat danish sekarang berada betul-betul didepan mata sukar nak gambarkan perasaan tersebut.Danish tak banyak ragam apalagi menangis kurang sangat,mungkin ini yang menyebabkan dia amat disenangi oleh semua 'nurse' dalam wad.Petang pula lahir 1 baby girl dengan berat 4.8kg besar dan sangat cute.Semua nurse gelarkan baby girl tu MANJA dan danish ABG IS..kelakar sangat bila masa untuk mereka berdua dimandikan ramai yang akan menyibuk nak tengok dan ada yang menyanyi lagu dari cerita MANJALARA.Danish discharge pada hari ke-3(Isnin petang).Sempat lagi nurse suzie cium sebelum danish dibawa keluar kata dia rindulah lepas ni..Dari kecil danish seakan sudah ada aura yang boleh bawa orang disekelilingnya amat senang untuk nak mendekatinya..mummy berpantang 1 minggu di KL setapak oleh sebab bedah daddy tak berani nak bawa terus ke Pahang sekurang-kurangnya mummy sihat dan agak kuat sikit.Minggu ke-2 mummy dah mula berpantang di Temerloh Pahang rumah Tok wan dan Mak wan.Daddy berulang setiap hujung minggu untuk bersama mummy dan danish.Boleh dikatakan setiap hari ada saja tetamu yang datang untuk melawat baby danish.1bulan pantang mummy dan daddy sibuk mencari siapa yang boleh dihantar untuk menjaga danish waktu tu akhirnya kata mak wan biarlah dia yang jaga tetapi mummy dan daddy berat sangat memandangkan kami akan berjauhan untuk tempoh 1 minggu..masih ingat kata mak wan 'inilah pengorbanan buat kalian serta dugaan,jangan bersedih,selagi terdaya dia akan tetap jaga cucu tersayang memandangkan tak siapa yang boleh menjaga Danish saat itu.Sedih kerna terpaksa berpisah dan terharu kerna mak wan sanggup menjaga danish walaupun keadaan kesihatan diri tak begitu sihat.Sampai bila pun jasa itu danish,daddy atau mummy tak dapat lupakan.Terima kasih mak wan..semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki..amin